Bertabahlah warga Utusan - Utusan Malaysia

Bertabahlah warga Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu agak mengejutkan apabila peratusan mengundi dijangkakan 80 peratus tetapi yang keluar mengundi jumlahnya merosot teruk dari sasaran, hanya 49.4 peratus membuang undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap kemerosotan pengundi di PRK Sungai Kandis adalah disebabkan faktor pengundi baru sahaja mengundi dan keberatan untuk mengundi sekali lagi hanya beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, pengundian yang diadakan pada hari Sabtu di mana ramai pengundi sedang bekerja terutama sekali di kilang-kilang atau pejabat syarikat swasta juga ada logiknya.

Oleh yang demikian, pihak SPR akan membuat kajian dan cuba mengatasi masalah ini bagi menambah baik proses pengundian pada masa akan datang. Pada hemat saya, faktor sebenar ada hubung kaitnya dengan masalah dakwat kekal atau pencelup separa kekal pada jari telunjuk pengundi.

Walaupun hampir 100 hari selepas PRU-14, pengundi mendapati kesan dakwat kekal itu masih lagi belum hilang dan untuk celup buat kali kedua membuatkan mereka agak keberatan.

Masalah yang mereka anggap remeh-temeh inilah mengapa sebilangan besar tidak keluar mengundi dan kemungkinan juga mereka menganggap bahawa PRK 
ini tidak sepenting PRU kerana ia tidak menjejaskan parti yang memerintah sebab kemenangan besar Pakatan Harapan 
di Selangor.

Untuk itu, saya cadangkan supaya PRK untuk dua DUN lagi di Selangor iaitu Balakong dan Seri Setia supaya tidak lagi diwajibkan penggunaan dakwat kekal pada jari telunjuk pengundi.

Lagi pun, SPR telah dijenamakan semula dengan berbagai pendekatan oleh kerajaan baharu untuk meningkatkan ketelusan dan kewibawaan mereka.

Diharapkan juga untuk PRK pada masa akan datang dikecualikan pengundi daripada penggunaan dakwat kekal kerana ia relevan untuk PRU sahaja.

SYED ABDULLAH OSMAN

Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini