KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual. Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Februari lalu bagi membincangkan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut. “Kementerian juga akan melakukan kajian dengan mendapatkan maklum balas masyarakat, data serta kaedah pembuktian dalam kes-kes yang terlibat seterusnya membantu dalam merangka dasar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya