ADUN Bebas pun nak bilik - Rasman - Utusan Malaysia

ADUN Bebas pun nak bilik – Rasman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 12 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas hari ini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan untuk disediakan kemudahan bilik pejabat dan elaun kepada mereka.

ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, permintaan itu selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kepada pembangkang daripada Barisan Nasional (BN).

“Sebagai kerajaan negeri PH yang adil, saya meminta dipertimbangkan untuk disediakan bilik untuk wakil rakyat Bebas.

“Kalau kerajaan negeri boleh menyediakan bilik kepada Ketua Pembangkang maka untuk berlaku adil, Bebas juga perlu diiktiraf dan diberikan sebuah bilik,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat menyerahkan kunci pejabat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Ir. Hasni Mohammad sebagai tanda pengiktirafan kerajaan negeri Pakatan Harapan kepada pihak pembangkang.

Pada 12 Mei lalu, Rasman dan dua ADUN lain, iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib mengumumkan keluar parti dengan alasan demi kepentingan rakyat di kawasan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN