MADRID 13 Ogos – Suasana panik tercetus di festival muzik di barat laut Sepanyol apabila sebuah pentas kayu tiba-tiba runtuh, mencederakan lebih 316 orang dengan sembilan daripadanya parah, lapor pihak berkuasa. Platform pentas tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang menonton persembahan artis rap sambil menari ketika kejadian berlaku berhampiran kawasan pantai di bandar Vigo lewat malam semalam. Pasukan penyelamat menggunakan kamera inframerah dan memeriksa lokasi selama lebih tiga jam untuk…










