PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat – PBB menganggarkan masih terdapat antara 20,000 hingga 30,000 militan Daesh di negara Iraq dan Syria walaupun kumpulan itu telah tewas. Laporan oleh pemantau sekatan PBB turut menganggarkan antara 3,000 hingga 4,000 militan Daesh berpangkalan di Libya. Sementara beberapa operasi utama di dalam kumpulan ekstremis itu telah dipindahkan ke Afghanistan. “Mereka terdiri daripada komponen penting kepada beribu-ribu militan pengganas asing aktif,” kata laporan itu. Pasukan pemantau sekatan mengemukakan laporan bebas setiap enam bulan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai Daesh dan Al-Qaeda yang berada dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya