Zaman bergaji mewah sudah berakhir - Utusan Malaysia

Zaman bergaji mewah sudah berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Masa untuk eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibayar gaji yang besar tanpa mengira prestasi syarikat kini sudah berakhir, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sambil memberikan rasional di sebalik langkah itu, beliau berkata, pada masa lepas kerajaan mudah menempatkan penyokongnya di GLC dan eksekutif terbabit diberikan gaji yang tinggi.

“Oleh itu terdapat ramai bukan profesional dan tidak menge­tahui selok-belok perniagaan namun memegang jawatan tinggi dalam GLC dan sudah pasti ini tidak memenuhi tujuan sebenar.

“GLC akhirnya rugi namun gaji eksekutif ini sangat tinggi dan mereka menikmatinya tanpa mengambil kira sama ada syarikat itu membuat keuntungan atau tidak,” katanya dalam temu bual dengan Investvine, portal berita perniagaan Hong Kong yang membuat laporan untuk Asia Tenggara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN