BACHOK 22 Julai – Tragedi 11 September 2001 (911) pernah membantutkan kelana seorang wanita Korea Selatan yang baru beberapa bulan tiba di Indonesia tetapi diarah segera pulang oleh ibu bapanya kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika itu. Namun cinta Dr Kang Myoung Sook, 42, kepada dunia Nusantara tidak terpadam malah beliau bertekad menyambung pengajian dan akhirnya memperoleh Sarjana dalam bidang terjemahan Bahasa Korea dan Bahasa Melayu dari Universiti Pengajian Asing Hankuk…










