MADINAH 13 Julai – Jemaah Malaysia yang ditempatkan di Hotel Al Haram di sini akan merasai suasana baharu yang amat selesa berikutan hiasan dalaman bangunan penginapan itu telah diganti baharu. Menurut Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah, selain permaidani yang ditukar baharu, bahagian dalam hotel empat bintang itu juga telah dicat baharu. Katanya, tiga jenis bilik disediakan untuk jemaah iaitu yang menempatkan empat orang, lima orang dan paling luas boleh memuatkan…










