KOTA BHARU 11 Julai – Seorang bayi yang masih bertali pusat ditemukan mati terapung di sebuah tali air, dekat Kok Lanas, Ketereh hari ini. Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2:30 petang tular di aplikasi Whats App apabila penduduk kampung menemukan mayat berkenaan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian itu dan identiti mayat masih belum dikenal pasti. -UTUSAN ONLINE










