[VIDEO] 8 pelajar bumiputera terima biasiswa kerajaan Taiwan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 8 pelajar bumiputera terima biasiswa kerajaan Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Sebanyak 44 pelajar termasuk lapan bumiputera terpilih menerima biasiswa tajaan Kementerian Pendidikan Taiwan untuk melanjutkan pengajian ke negara itu bagi sesi akademik bermula September depan.

Upacara penyerahan tajaan oleh Ketua Misi Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (TECO) di Malaysia, James Chang Chi-Ping kepada para penerima biasiswa berlangsung di pejabat TECO di Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini.

Menurut Chang,lapan penerima bumiputera itu akan mengikuti pengajian di bawah program Pengayaan Bahasa Mandarin (MOE Huayu) selama tiga bulan.

“Bilangan pemohon telah meningkat setiap tahun terutamanya daripada pelajar Melayu. Kami sangat gembira dan teruja kerana bukan sahaja kaum Cina yang memohon malah, pemohon kaum lain juga tinggi terutamanya dalam program yang menggunakan pengantar bahasa Inggeris yang telah menjadi salah satu pilihan popular bagi mereka,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Tambah Chang, penerima biasiswa MOE Huayu akan menerima sebanyak 25,000 dolar Taiwan (RM3,300) sebulan untuk menjalani kursus bahasa Mandarin di Pusat Mandarin di universiti Taiwan yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Kita harapkan mereka dapat menyumbang kepada masyarakat Malaysia dan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dari segi pertukaran tenaga pakar, akademik dan budaya serta ekonomi selepas mereka menamatkan pengajian kelak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN