Usaha bawa keluar mangsa terperangkap dalam gua bermula - Utusan Malaysia

Usaha bawa keluar mangsa terperangkap dalam gua bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Usaha membawa keluar 12 pemain bola sepak muda dan jurulatih mereka dari gua Tham Luang yang ditengelami air di wilayah Chiang Rai, utara Thailand bermula pada pukul 10 pagi ini waktu tempatan dengan mangsa pertama dijangka dapat dibawa keluar pada pukul 9 malam.

Menurut Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osothanakorn, operasi yang disifatkan sebagai berisiko itu akan menyaksikan mangsa dibawa keluar seorang demi seorang.

“Operasi membawa keluar remaja lelaki terbabit bermula kira-kira 10 pagi tadi. Seramai 13 penyelam dari seluruh dunia dan lima daripada unit SEAL Tentera Laut Diraja Thailand telah mula menyelam di dalam gua berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di pusat pentadbiran daerah kecil Phongpha, kira-kira dua kilometer dari gua berkenaan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa-mangsa yang katanya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk dibawa keluar masing-masing akan dibantu oleh dua penyelam berpengalaman bagi melepasi laluan dalam air yang berbahaya.

“Kesemua mereka telah dimaklumkan tentang operasi hari ini dan bersedia untuk keluar serta bertemu dengan kami, tidak kira apa yang perlu mereka hadapi (semasa operasi),” kata Narongsak  yang menambah keadaan di dalam gua adalah baik. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×