UKHWAH akan wujudkan Bandar Koperasi pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

UKHWAH akan wujudkan Bandar Koperasi pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah) kini berjaya menguasai 50 peratus kawasan utama, iaitu Kompleks Medan Tuanku di tengah-tengah ibu kota dalam usaha mewujudkan Bandar Koperasi pertama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Razman Rahim berkata, Ukhwah kini berusaha untuk menguasai sehingga 70 peratus kawasan tersebut bagi mewujudkan bandar tersebut dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.

“Inilah hasrat murni kami bagi mewujudkan Bandar tersebut sebagai satu lagi mercu tanda penting negara setelah kita mempunyai lokasi tumpuan seperti Petaling Street dan Little India di Brickfields.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita naikkan nama Medan Tuanku dengan cara yang lebih menarik, iaitu Bandar Koperasi di mana semua produk dan perkhidmatan dari sektor koperasi dari seluruh negara boleh didapati di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri 2018 Kumpulan Coop Medan Tuanku dan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Ukhwah ke 20 Tahun di sini, hari ini. 

Yang turut hadir Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran, Pengerusi Ukhwah, Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tahir. 

Lebih dari 1,000 tetamu hadir di majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Coop Medan Tuanku ini, iaitu gabungan tiga koperasi: Ukhwah, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (Kobeta) dan Koperasi Puteri Terbilang Malaysia (Koputeri). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×