ISU Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah ujian kedua kepada Ketua Menteri, Adly Zahari selepas dilantik mentadbir kerajaan negeri Melaka. Sebelum ini, beliau pernah membangkitkan isu pembukaan kediaman rasmi ketua menteri, Seri Bendahara untuk lawatan umum. Isu Seri Bendahara menampakkan Adly meraih sokongan daripada majoriti penduduk Melaka yang menyifatkan tindakan beliau itu bagus untuk membolehkan rakyat melihat sendiri isi kandungan dalam kediaman rasmi ketua menteri yang sebelum ini tidak pernah dibuka…










