Twitter sekat akses 143,000 aplikasi - Utusan Malaysia

Twitter sekat akses 143,000 aplikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 25 Julai – Twitter semalam mengumumkan syarikat media sosial tersebut terpaksa menyekat akses lebih 143,000 aplikasi daripada perkhidmatan mesejnya sejak April lalu sebagai langkah untuk mengekang aktiviti ‘berniat jahat’ daripada akaun automatik.

Syarikat media sosial yang berpangkalan di San Francisco itu memaklumkan bahawa langkah tersebut mengetatkan akses aplikasi program antara muka (APIs) yang membolehkan pengiklan memuat naik mesej di Twitter secara automatik.

Pengarah Pengurusan Kanan Produk Twitter, Rob Johnson berkata, syarikat tersebut komited untuk menyediakan akses platform ke­pada pengiklan produk dan perkhid­matan bagi menjadikan Twitter medium yang terbaik.

“Bagaimanapun, kami menye­dari cabaran serta masalah yang perlu dihadapi oleh Twitter, termasuk kegiatan berniat jahat, mesej spam dan pencerobohan privasi, sehubungan itu kami mengambil langkah untuk memastikan supaya platform pengiklan beroperasi secara sihat,” katanya.

Johnson juga enggan mendedahkan senarai aplikasi yang disekat akses, namun Twitter berdepan dengan tekanan berhubung akaun automatik yang sering menyebarkan maklumat salah atau palsu.

Jelas beliau, Twitter tidak akan bertolak ansur dalam penyalahgunaan fungsi APIs.

“Kami akan terus meningkatkan fungsi serta proses bagi membantu Twitter menyekat aplikasi yang tidak bagus secara pantas dan berkesan,” ujarnya.

Bermula semalam, mana-mana pengiklan yang cuba mengakses bagi mewujudkan aplikasi dalam Twitter perlu melalui proses permohonan baharu dengan menye­diakan maklumat bagaimana mereka akan menggunakan per­khid­matan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN