TPM syukur Muhyiddin selamat dibedah - Utusan Malaysia

TPM syukur Muhyiddin selamat dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memanjatkan rasa syukur selepas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan semalam.

TPM syukur Muhyiddin selamat dibedah
 Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mendoakan semoga Muhyiddin cepat sembuh dan segera kembali bertugas.

“Saya dimaklumkan beliau sekarang berada dalam keadaan stabil dan akan mengambil cuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan bermula 12 Julai dan dijangka kembali bertugas dalam masa sebulan.

“Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas,” katanya melalui status di Twitter beliau, semalam.

Muhyiddin semalam menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan kini berada dalam keadaan yang stabil.

Sementara Muhyiddin bercuti, tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri akan dijalankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN