kenangan dua dekad lalu menerima suntikan vaksin ketika di darjah satu masih berbekas di minda Nizua Iddil Syafiq Mohd. Nizuaisham, 25. Masih jelas diingatannya betapa dia cuba mengelak dengan berbaris antara yang paling akhir dalam kalangan rakan-rakannya yang lain. Tidak dilupakan juga, betapa kuat raungannya ketika jarum disuntik di bahunya oleh jururawat bertugas. “Saya terlalu takut dan tidak faham mengapa kanak-kanak kecil seperti saya perlu disuntik. Ia membuatkan saya menangis…










