JOHOR BAHRU 26 Julai – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengalami pelbagai transformasi sejak penubuhannya lebih 30 tahun lalu dalam usaha menjadikannya terus unggul dan relevan sebagai universiti awam tempatan bertaraf antarabangsa. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar berkata, universiti awam itu mula menjana pendapatan sendiri dan penuntut juga menguruskan sendiri aset-aset UTM selain menggabungkan 18 fakulti menjadi tujuh. “Begitu juga dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan…










