The Bos Gaurus diikat Kedah seri tanpa jaringan di Stadium Perak - Utusan Malaysia

The Bos Gaurus diikat Kedah seri tanpa jaringan di Stadium Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Perak gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Keputusan tersebut sekali gus menyekat Perak untuk mengesahkan pasukan itu muncul naib juara Liga Super 2018 dan terpaksa menunggu perlawanan terakhirnya dalam liga apabila menentang kelab Perbadanan Kemajuan  Negeri Selangor (PKNS FC) Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Bermula perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan corak saling menyerang namun bola banyak berlegar di bahagian tengah padang selepas masing-masing disekat barisan pertahanan lawan.

Perak mendapat peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan awal perlawanan pada minit ke-13 apabila penyerangnya, Mohd. Nor Hakim Hassan menyumbat masuk bola muntah hasil tendangan Kapten Perak, Mohamad Nasir Basharudin.

Jaringan tersebut bagaimanapun dinafikan pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab selepas mendapati pemain Perak itu berada dalam kedudukan offside.

Pasukan pelawat kemudiannya memperkemaskan rentak permainan dan hasilnya pemain tengah Kedah, Abdul Halim Saari berjaya memperdayakan barisan pertahanan tuan rumah serta membawa bola ke dalam kotak penalti namun tendangannya ke gawang Kedah sedikit tersasar.

Anak buah Mehmet Durakovic sekali lagi mendapat peluang menjaringkan gol namun rembatan Gilmar Jose da Silva Filho berjaya dinafikan penjaga gol Kedah, Mohamad Ramdhan Ab. Hamid.

Di babak kedua, Gilmar hampir menceriakan kira-kira 5,000 penyokong Perak pada minit ke-78 apabila dia berjaya menanduk masuk bola hantaran rakan sepasukan, Nazirul Naim Che Hashim namun gol tersebut dibatalkan kerana Gilmar berada dalam kedudukan offside.

Tamat perlawanan, Perak diikat Kedah 0-0. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN