GEORGE TOWN – Seramai 17 wanita diberkas di tiga sarang pelacuran di Jalan Penang di sini selepas disyaki menawarkan khidmat seks serendah RM50 kepada pelanggan warga asing semalam.
Mereka yang terdiri daripada 15 wanita Indonesia dan dua Bangladesh berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 2 petang.
Semasa serbuan, ada antara mereka sedang leka melayani pelanggan masing-masing di dalam bilik kecil.
Ada antara pelacur ini yang cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel kerana terkejut tetapi telah berjaya diberkas.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Khwaja Banthey Mohd. Hanief berkata, operasi tersebut dijalankan setelah pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti maksiat yang dijalankan di tiga premis berkenaan.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita-wanita berkenaan masuk ke negara ini sebagai pelancong sebelum menyalahgunakan pas lawatan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










