Tambah baik kemudahan infrastruktur keutamaan Mohd. Zawawi - Utusan Malaysia

Tambah baik kemudahan infrastruktur keutamaan Mohd. Zawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berazam untuk menambah baik kemudahan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sekiranya dipilih oleh pengundi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan pada 4 Ogos depan.

Mohd. Zawawi, 48, berkata, beliau akan meneruskan usaha yang sudah dirancang bersama wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, antaranya beliau akan berusaha menyelesaikan pemasalahan setempat seperti longkang tersumbat, tempat pembuangan sampah haram dan keperluan menambah lampu jalan.

“Impian (Mat Shuhaimi), semasa menjadi wakil rakyat ialah memastikan kawasan luar bandar mendapat kemudahan asas secukup dan sewajarnya, khususnya masjid dan surau, kemudahan jalan raya terutamanya lampu jalan kerana masih ada lagi lorong-lorong gelap yang menyebabkan kemalangan pada waktu malam sehingga menyebabkan kematian.

“Malah isu simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat sehingga mengundang bahaya dan kemalangan terutama di waktu puncak juga menjadi perhatian kami termasuk isu sampah dan pusat pembuangan sampah haram juga akan menjadi fokus saya selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh berkata, biarpun baru dua hari tempoh berkempen, beliau melihat penerimaan masyarakat terhadap dirinya sangat positif dan mereka berharap saya dapat meneruskan usaha-usaha yang dijalankan Allahyarham Mat Shuhaimi sebelum ini teruatamanya membela nasib rakyat lebih-lebih lagi golongan miskin.

“Bagi saya harapan mereka bukan satu bebanan kerana saya telah bergerak dengan Allahyarham sejak tahun 2008 lagi. Berikutan DUN Sungai Kandis adalah DUN baru, jadi saya juga akan menggunakan kesempatan ini untuk berjumpa dengan pemimpin masyarakat setempat bagi mendengar luahan mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN