Syed Saddiq dikecam netizen - Utusan Malaysia

Syed Saddiq dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu menjadi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilanda kontroversi kecil apabila beliau menafikan telah me­lantik seorang pejuang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Numan Afifi Saadan sebagai pegawai khas di pejabatnya.

SYED SADDIQ
SYED SADDIQ

Ahli Parlimen­ Muar yang berusia 25 tahun itu didakwa tidak bercakap benar selepas mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook miliknya dengan menafikan khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, kenya­taan Syed Saddiq didapati bercanggah selepas netizen memuat naik screenshot carian direktori kakita­ngan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memaparkan nama Numan sebagai pegawai tugas-tugas khas di Pejabat Menteri Belia dan Sukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain carian di internet, beberapa kenalan wartawan yang membuat liputan program Syed Saddiq selepas beliau dilantik menjadi menteri dimaklumkan Numan Afifi adalah pegawai akhbar­nya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×