Suami isteri warga emas maut dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Suami isteri warga emas maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


JOHOR BAHRU 8 Julai – Suami isteri warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran membabitkan tiga buah kedai di Sungai Rengit, Pengerang dekat Kota Tinggi awal pagi ini.


Mangsa, Chong Chin Sin, 71, dan isterinya, Tan Ah Yeng, 70, pekerja kedai hardware maut dalam salah satu premis itu.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihakya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada 3.45 pagi.


“Sejurus menerima maklumat, lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba, kita mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel motosikal, kedai hardware dan kedai menjual televisyen,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN