KOTA KINABALU – Siling pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) aras sembilan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu di sini runtuh semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.40 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pada peringkat ini, kerja penilaian secara menyeluruh sedang dilaksanakan untuk tujuan pembaikan di premis terbabit. “Pihak perunding daripada CIDB sedang menjalankan pemantauan yang dibantu pihak Pengurusan UTC Sabah. “Selain PTPTN, keseluruhan…










