Semak semula keputusan mansuh, tukar fungsi IPG Kota Bharu - Utusan Malaysia

Semak semula keputusan mansuh, tukar fungsi IPG Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Kementerian Pendidikan digesa membuat semakan semula keputusan kerajaan terdahulu yang mahu memansuhkan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu dan menukar fungsinya kepada Kolej Vokasional.

KAMARUDDIN MD. NOR
KAMARUDDIN MD. NOR

Pengerusi Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, IPG Kota Bharu merupakan satu-satunya institut seumpama itu di negeri ini yang memainkan peranan berkesan melatih guru selain mempunyai sejarah yang cukup panjang.

Katanya, sebarang usaha meneruskan pemansuhan institusi pendidikan itu bukan sahaja mendukacitakan, malah merugikan seluruh rakyat Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ada terima permintaan daripada Persatuan Bekas Tenaga Pengajar dan Pelajar IPG Kota Bharu agar PPBM mengambil langkah sewajarnya mempertahankan institusi ini. Dengan sejarah panjang dan fungsinya yang cukup baik, ini mendukacitakan kita.

“Oleh yang demikian kita menggesa kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kementerian Pendidikan di bawah Menterinya, Dr. Maszlee Malik menyemak semula keputusan lama dan menerima rayuan mempertahankan kewujudan IPG Kota Bharu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri sesi ramah mesra dan sarapan pagi PPBM Kelantan bersama wakil media di sini hari ini.

Difahamkan, susulan keputusan kerajaan terdahulu yang mahu memansuhkan IPG Kota Bharu dan menukar fungsinya, proses penukaran institut itu kepada Kolej Vokasional dikatakan telah berjalan secara berperingkat bermula Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×