KUALA LUMPUR 23 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia disiasat berhubung syarikat Bestinet Sdn. Bhd. yang dilaporkan melakukan penipuan pengambilan pekerja dari Nepal. Sambil menafikan terlibat dalam isu tersebut, Ahmad Zahid menegaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan. “Sila kemukakan bukti jika saya terlibat atau ada salah menggunakan kuasa atau mana-mana anggota keluarga saya yang terlibat, saya sedia berdepan dengan siasatan.…










