KOTA BHARU – Cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk menutup sekolah tahfiz disifatkan terlalu radikal. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan saranan itu, malah tafsiran jumud itu yang diberikan Zainuddin langsung tidak bertepatan dengan perkembangan semasa sekolah tahfiz seluruh negara. “Saranan itu terlalu radikal. Sekolah tahfiz sekarang tidak…










