PARIS – Saintis mengumumkan penemuan vaksin kepada sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) selepas hampir 40 tahun dunia menunggu perkembangan positif bagi membendung penyakit tersebut. Menurut ketua penyelidikan, Dan Baraoch yang merupakan seorang profesor di Sekolah Perubatan Harvard, vaksin tersebut telah berjaya dalam ujian awal terhadap monyet. Bagi membuktikan vaksin tersebut selamat kepada manusia, ubat itu kini dalam fasa seterusnya bagi proses percubaan prakelulusan dan akan diuji terhadap 2,600 wanita…










