Rugi lebih RM200,000 kedai emas dipecah masuk - Utusan Malaysia

Rugi lebih RM200,000 kedai emas dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 8 Julai – Sebanyak 85 utas rantai leher, 71 rantai tangan dan 16 gelang tangan dianggarkan bernilai RM210,000 dipercayai dilarikan perompak dari sebuah kedai emas di Taman Ros, Parit Yaani, semalam.

Kejadian antara pukul 3 dan 4 pagi itu hanya disedari pemiliknya yang berusia 25 tahun ketika mahu membuka semula kedai kira-kira tujuh jam kemudian.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, peti besi tempat penyimpanan barang kemas tersebut dipercayai telah ditebuk oleh perompak sebelum melarikan kesemua barang kemas itu.

“Pemeriksaan di bahagian belakang kedai juga mendapati pintu pagar besi dan tingkap besi telah dipotong. Suspek juga dipercayai merosakkan pendawaian kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut.

“Walau bagaimanapun, pemeriksaan CCTV berdekatan lokasi kejadian mendapati tiga lelaki memakai penutup muka dan bersarung tangan masuk ke dalam kedai itu,” katanya di sini, sebentar tadi.

Abdul Wahib berkata, suspek dipercayai menggunakan mesin untuk menebuk peti besi tersebut dengan membuat ruangan kecil yang hanya memuatkan sebelah tangan bagi mengambil barang kemas yang terdapat dalam peti besi itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan di samping meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN