KOTA BHARU 22 Julai – Kerajaan Persekutuan disaran mengikut perjanjian asas berhubung tuntutan pembayaran royalti minyak sebanyak lima peratus berdasarkan pengeluaran di negeri masing-masing. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya penyaluran royalti sebanyak 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada negeri pengeluar itu adalah merupakan janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. “Sepatutnya Petronas membayar…










