KUALA LUMPUR 11 Julai – Majlis Raja-Raja hari ini menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tidak dinafikan bahawa suasana hangat yang berlaku semasa berkempen telah sedikit sebanyak membahagikan rakyat kepada dua pihak yang bertentangan. “Demi masa hadapan negara, usaha ke arah mengembalikan perpaduan rakyat wajib dirintis dengan mengamalkan budaya demokrasi…










