Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit naik sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini berikutan sokongan belian sederhana terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga. 

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.0375/0405 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0395/0425 pada Khamis.

“Prestasi ringgit yang tinggi sedikit ini dijangka tidak bertahan kerana kami menjangkakan perang perdagangan akan meningkat yang memberi kelebihan kepada dolar AS,” kata peniaga itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden AS, Donald Trump baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk mengenakan lagi tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan import China bernilai AS$200 bilion (RM808 bilion).

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan diniagakan tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9659 daripada 2.9643/9672 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5819/5855 daripada 3.5926/5959 pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.7101/7141 daripada 4.7161/7212 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3210/3254 daripada 5.3394/3438. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×