Restoran makanan segera diarah tutup di Semporna - Utusan Malaysia

Restoran makanan segera diarah tutup di Semporna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA – Pejabat Kesihatan Daerah Semporna hari ini mengesahkan sebuah restoran makanan segera di sini yang diarah tutup selama tiga hari berkuat kuasa 20 Julai lepas.

Perkara itu disahkan Pegawai Kesihatannya, Dr. Shameer Khan Sulaiman kepada media selepas notis perintah tutup itu tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, arahan itu dikeluarkan hasil siasatan beberapa kes keracunan makanan serta hasil pemeriksaan berkala Jabatan Kesihatan.

“Cawangan itu diarah tutup berikutan masalah berkaitan pencemaran dan isu lain yang boleh menyebabkan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak restoran memberikan kerjasama baik dan restoran makanan segera itu turut dibenarkan beroperasi semula.

“Pada 11 pagi tadi, Pejabat Kesihatan Daerah melawat restoran itu dan memberi kebenaran untuk beroperasi,” katanya.

Dr. Shameer turut berharap semua pemain industri sektor makanan di daerah itu dapat memastikan premis serta makanan dan minuman yang dijual terjamin bersih berikutan Semporna merupakan destinasi pelancongan terkenal.

“Kami amat mementingkan keselamatan dan kualiti makanan yang tinggi apabila melibatkan kesihatan orang ramai,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN