Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis melawat LWP Langkawi - Utusan Malaysia

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis melawat LWP Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bercemar duli melawat Langkawi Wildlife Park (LWP) di Langkawi, Kedah semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pemilik LWP, Datuk Richard Long dan isteri, Datin Evelyn Tay serta Pengurus Besarnya, Teoh Chen Kung.

Berangkat sama anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Baginda berangkat tiba di pulau legenda tersebut adalah untuk bersama-sama dengan 171 orang anak-anak yatim dari tujuh buah rumah amal di negeri Perlis yang tiba sehari sebelumnya bagi menyertai program Jalinan Syawal Kasih Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Langkawi.

Sementara itu, baginda berharap agar semua penghuni rumah anak yatim yang menyertai program tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh dan berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran kerana hanya ilmu yang mampu mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih baik.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN