Projek naik taraf bekas jalan balak luar bandar di Sarawak dibatalkan - Utusan Malaysia

Projek naik taraf bekas jalan balak luar bandar di Sarawak dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 11 Julai – Semua pemerolehan projek bagi menaik taraf bekas jalan balak luar bandar di negeri ini dibatalkan sehingga arahan lanjut.

Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir negeri, Datuk Julaihi Narawi, perkara tersebut telah dimaklumkan melalui pekeliling dikeluarkan Kementerian Kewangan baru- baru ini.

“Justeru, kita berharap rakan- rakan daripada Pakatan Harapan (PH) dapat bersama-sama berjuang untuk memastikan projek ini yang memasuki fasa keempat dapat diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa Petugas Khas diterajui Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT) ditugaskan bagi mengenal pasti bekas jalan balak untuk diwartakan sebagai jalan negeri selari dengan Ordinan Jalan Negeri 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Dennis Ngau (PBB-Telang Usan) mengenai polisi kerajaan bagi naik taraf bekas jalan balak luar bandar pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jawatankuasa itu juga melibatkan Jabatan Ketua Menteri, Peguam Negeri Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Hutan.

“Langkah pengazetan bertujuan mendaftarkan jalan itu mengikut Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) agar mendapat peruntukan baik pulih sebagai langkah segera.

“Bagi langkah jangka panjang, kerja naik taraf berkenaan akan dikaji bagi perlaksanaan di masa hadapan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×