PPM rampas rokok seludup - Utusan Malaysia

PPM rampas rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 8 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas rokok sedulup bernilai RM121,120 termasuk cukai selepas menyerbu sebuah stor di Kampung Semerak, Pasir Puteh dekat sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, anggota penguatkuasa terbabit telah menemukan 100 karton rokok puteh jenama Premium.

Turut dirampas dalam serbuan itu 15 bungkus rokok keretek jenama Gudang Garam Nusantara dan Gudang Garam Surya.

Pemangku Pegawai Pemerintah pasukan itu, Inspektor Reduan Mohidin berkata, rampasan itu hasil maklumat unit risikan yang dilakukan oleh anggotanya dan PPM Wilayah Tiga Tok Bali.

“Selepas dua jam melakukan intipan di kawasan berkenaan dan tiada individu yang menghampiri kawasan itu, anggota saya telah bertindak membuka kunci stor tersebut menggunakan alat pemotong.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan kedalam premis berkenaan membawa kepada penemuan rokok-rokok tersebut yang belum lulus cukai,” katanya.

Reduan memberitahu, kesemua rampasan tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN