PKR Selangor hanya kemukakan satu nama calon PRK DUN Sungai Kandis - Utusan Malaysia

PKR Selangor hanya kemukakan satu nama calon PRK DUN Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara mengemukan hanya satu sahaja nama calon untuk dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos depan. 

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, keputusan itu diperoleh hasil mesyuarat biro politik parti peringkat negeri yang diadakan petang semalam sebelum diserahkan terus kepada pucuk pimpinan pusat pada sebelah malamnya. 

“Ramai calon, ada dicadangkan cabang, parti dan melihat pada kepimpinan namun kita mencapai konsensus dengan menyerahkan satu nama sahaja kepada pucuk pimpinan pusat untuk pertimbangan mereka. 

“Saya tidak dapat memberitahu siapa calon terbabit dan kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk memutuskannya (mengumumkan calon),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. 

Kosmo! hari ini melaporkan Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan parti itu telah mengenalpasti tiga calon yang berpotensi untuk dipertaruhkan sebagai calon parti dalam PRK Dun Sungai Kandis. 

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita berhubung cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengenai UMNO bertanding menggunakan logo parti itu dalam PRK tersebut, Amirudin menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi. 

“Pilihan Raya Umum sebelum ini ada dua tiga parti bertanding dan bagi pihak PKR dan Pakatan Harapan akan cuba mengekalkan kerusi yang telah dimenangi sejak 2008,” katanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 4 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Kandis dengan 21 Julai sebagai hari penamaan calon. 

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood memaklumkan SPR menetapkan tempoh 14 hari berkempen bermula pada hari penamaan calon hingga 11.59 malam 3 Ogos. 

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan  penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 2 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN