KUALA LUMPUR 24 Julai – Menampilkan 10 penyanyi baharu yang berpengaruh dalam laman sosial, program realiti terkini terbitan Astro, Big Stage bakal mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat generasi muda. Memperkenalkan konsep pemarkahan juri profesional sepenuhnya untuk pemberian markah fasa pertama, Big Stage dilihat sebagai pentas terbaik untuk barisan artis muda membuktikan bakat mereka kepada peminat seni hiburan tempatan. Pun begitu, peminat turut berperanan dalam memastikan peserta kegemaran mereka mara…










