TAHNIAH kepada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri dari negeri ini yang dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan pada Isnin lalu. Wakil dari Johor merupakan antara yang paling ramai dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri selain Selangor. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada negeri ini apabila lapan menteri dan timbalan menteri dilantik. Bukan sahaja parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) negeri memberikan majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri, di peringkat Pusat PH menyumbang 18 kerusi…










