Penganggur berdepan hukuman mati selepas ditahan miliki heroin 18.65 gram - Utusan Malaysia

Penganggur berdepan hukuman mati selepas ditahan miliki heroin 18.65 gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat 18.65 gram yang disimpan di dalam beg sandangnya di Jalan Ban, Kampung Lambor Kiri di sini di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari Kampung Bakong, Lambor Kiri dekat sini ditahan pada pukul 12.30 malam tadi sewaktu sedang berada di tepi jalan di kawasan tersebut.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap sebuah beg yang disandang di bahu kiri suspek menjumpai tiga peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 18.56 gram.

“Polis telah merampas ketiga-tiga peket dadah yang ada bersama suspek dan ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang tidak bekerja itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 11 kes lampau bersabit kes curi, samun dan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN