KUALA LUMPUR 11 Julai- Yakin dengan penerimaan peminat terhadap keberanian produksi tempatan yang mengetengahkan filem bergenre sukan, Pencil Pictures bakal mempertaruhkan filem Kayuh yang mengisahkan pengayuh basikal.
“Kami masih lagi dalam proses pemilihan pelakon. Kayuh merupakan filem aksi pertama yang mengangkat sukan ekstrem berbasikal sebagai tema. Kena ambil waktu sedikit hendak pilih pelakon.
“Memang bajet filem ini agak besar sebab yang mahalnya adalah peralatan dan kelengkapan berbasikal itu. Basikal pun bukan murah. Kita juga tak mahu ambil mudah bab keselamatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, ditanya adakah Kayuh mampu menyaingi filem pecah panggung, Ola Bola, penerbit itu berkata, kedua-dua filem ini adalah berbeza dan tidak adil untuk dibandingkan
“Kita bukan ceduk idea itu kerana bola sepak dan berbasikal, dua sukan berbeza. Kita cuma mahu semangat yang ada dalam filem Ola Bola turut dirasai dalam filem Kayuh ini.
“Kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. InsyaAllah, tahun depan akan ditayangkan. Saya mahu Kayuh terpahat dalam ingatan sesiapa yang menonton. Itu cabaran saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE











