SETIAP hari, Keong Koo Soo, 59, akan berada di tapak niaganya yang terletak di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, seawal pukul 4 pagi untuk meneruskan rutin harian sebagai penjual kerang. Sambil memerhatikan pekerja-pekerjanya memunggah barang, Koo Soo mula mengasingkan kerang-kerang yang akan dijual mengikut saiz masing-masing. “Sekarang ini bekalan kerang agak sukar untuk diperolehi. “Lebih lima tahun yang lalu, saya boleh mendapatkan lebih 10 guni kerang untuk dijual setiap hari.…










