Pemandu langgar pemancing direman seminggu - Utusan Malaysia

Pemandu langgar pemancing direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 9 Julai – Polis menahan reman pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipercayai mabuk ketika melanggar dua lelaki sedang memancing di Kilometer 159.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, dekat sini semalam selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, suspek berusia 30 tahun direman bermula semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita melakukan ujian pemeriksaan darah dan telah dihantar ke hospital untuk menentukan tahap kandungan alkohol pemandu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi semalam itu, mangsa, Mohd. Fadhlan Mohd. Shahidi, 32, yang berasal dari Pekan dan Mohd. Misran Mohd. Daim, 44, berasal dari Mersing, Johor meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut yang menghala ke Endau dipercayai dalam keadaan mabuk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN