Pelajar VI teruja sertai #muhibah - Utusan Malaysia

Pelajar VI teruja sertai #muhibah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Penataran video #muhibah anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melebarkan siri jelajahnya di Victoria Institution (VI), Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Sebanyak 16 pelajar tingkatan lima dipilih menyertai program pembelajaran yang meliputi teknik rakaman, teknik suntingan serta kaedah penyediaa penceritaan bagi menghasilkan video pendek yang menarik.

Penataran video kira-kira lima jam itu dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Mohamad Fikri Rosly yang berkongsi kaedah pembikinan video yang betul.

Rata-rata pelajar yang ditemui melahirkan rasa teruja dan bersemangat untuk menghasilkan video pendek #muhibah, setelah diberi penerangan lengkap dan khusus tentang cara-cara pembikinan.

Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bermula sejak 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara secara percuma.

Dalam pada itu, Guru Penyelaras Program Siti Zaliha Mat Hassan berkata, kesemua pelajar yang terlibat dalam penataran video tersebut terdiri pelajar yang megambil mata pelajaran Teknologi Maklumat (ICT).

“Melalui pendedahan yang diberikan ia mampu memberi nilai tambah kepada pembelajaran mereka selain mampu memahami teknik yang betul dalam penyediaan video selain memberi pengetahuan yang baharu dalam dunia ICT hari ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi Penataran Video #muhibah yang berlangsung di VI di sini hari ini.

Katanya, pendedahan teknik menghasilkan video memberi peluang untuk pelajar menunjukkan kebolehan mereka, malah pencapaian mereka boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada pelajar-pelajar lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN