GUA MUSANG – Harga durian jenis ‘Musang King’ yang merudum sehingga lebih 50 peratus di pasaran sejak bulan lalu dijangka pulih semula minggu depan apabila terdapat permintaan baharu untuk eksport. Pengusaha kebun durian berkenaan di daerah ini menyifatkan kejatuhan harga durian jenis itu antara RM20 dan RM30 sekilogram di pasaran tempatan disebabkan permintaan berkurangan berikutan saingan dengan lambakan durian jenis biasa. Seorang pengusaha, Chong Yok Fon, 50, percaya kejatuhan harga…










