Parlimen nafi hidangan menu mewah kepada Ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Parlimen nafi hidangan menu mewah kepada Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia menafikan menyediakan menu sajian mewah daging wagyu berharga RM2,000 kepada Ahli Parlimen pada perasmian pembukaan Persidangan Parlimen ke-14 semalam.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, laporan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna media sosial dan ditular di laman sosial berhubung perkara itu adalah sama sekali tidak tepat serta mengelirukan.

“Parlimen tidak pernah berbelanja mewah untuk tujuan tersebut. Perbelanjaan adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan. 

“Kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu namun Parlimen hanya meluluskan RM50 untuk seorang bagi tujuan tersebut, di mana jumlah keseluruhan kos hidangan meja utama seramai lapan orang tetamu adalah RM400,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Nasaruddin berkata, menu daging wagyu yang telah ditularkan itu merupakan menu tambahan yang disediakan pihak katerer bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu dan bukan dipesan oleh pihak pengurusan Parlimen Malaysia. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN