KUANTAN 11 Julai – Pahang yang segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika berdepan PKNP FC dalam perlawanan ke-18 Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini sebentar tadi. Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung agak hambar apabila kedua-dua pasukan berkenaan gagal mencipta peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Hasrat penyokong skuad Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka…










