KUALA LUMPUR 11 Julai – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Maharajalela menghala Masjid Negara, di sini awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, mangsa, Lim Kok Beng, 43, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan. “Kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa…










