Operasi di sempadan negara lancar - Utusan Malaysia

Operasi di sempadan negara lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai –  Semua operasi di sempadan-sempadan negara sama ada di dalam atau di luar negara berjalan lancar walaupun ketika musim perayaan.


Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, berdasarkan laporan harian, pihaknya mendapati operasi sebelum dan ketika musim perayaan, keadaan adalah terkawal malah beberapa tangkapan telah dilakukan.


“Antaranya tangkapan melibatkan warganegara Bangladesh dan ini menunjukkan mereka (anggota dan pegawai) sentiasa berwaspada walaupun ketika musim perayaan.


“Sama juga operasi di luar negara seperti Malbatt di Lebanon serta wilayah Mindanao, Filipina, juga dalam keadaan terkawal dan mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya ketika ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya Tentera Darat di Kem Wardieburn di sini hari ini.


Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN