KUALA LUMPUR 9 Julai – ‘Awak akan sentiasa jadi seorang ‘Bro’, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui akaun Twitternya kepada Numan Afifi, individu yang menjadi tumpuan isu perlantikan pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan itu.
Your service has been invaluable bro since our campaigning days.
Stay strong and i’ll always respect your decision.
You’ll always be a bro. https://t.co/68nhiuaMqY— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 9, 2018
Selain itu, Ahli Parlimen Muar berkenaan turut menyatakan dia amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Numan sewaktu kempen pilihan raya yang lepas dan menghormati keputusan rakannya untuk meletakkan jawatan.
Twit tersebut dikeluarkan oleh Syed Saddiq sejurus selepas Numan melalui akaun Facebooknya mengumumkan untuk menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media Syed Saddiq kepada Setiausaha Akhbar baharu dalam masa terdekat.
“Jasa anda sepanjang tempoh berkempen kita amat berharga. Kekal kuat dan saya akan sentiasa menghormati kuputusan awak.
“Awak akan sentiasa menjadi seorang ‘Bro’,” kata Syed Saddiq di Twitternya.
Pengumuman yang dibuat Numan adalah rentetan laporan ‘pelantikan’ beliau yang mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan sebagai aktivis memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) justeru, tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan Kementerian Belia dan Sukan..
Numan sebelum ini merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas anggota parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. – UTUSAN ONLINE










