KUALA LUMPUR 18 Julai – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan cuba mencetuskan provokasi ‘nakal’ apabila menyatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih layak menjadi Ketua Pembangkang.
![]() |
|
NAJIB RAZAK
|
Najib berkata, pembangkang telah memutuskan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan beliau menyokong penuh keputusan tersebut.
“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Pembangkang, Ahmad Zahid kerana beri saya ruang untuk bertanya soalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), walaupun soalan asal datang dari beliau semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi.
“Mohamed Azmin dalam jawapan balas kata saya layak jadi Ketua Pembangkang apabila Ahmad Zahid beri ruang tersebut. Pada saya, kenyataan Mohamed Azmin adalah hanya satu provokasi politik yang nakal,” katanya melalui catatan dalam laman Facebook beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE










